"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Maszlee Malik Ramal PAS Bakal Berkubur


Dr Maszlee Malik, Ahli Majlis Syura IKRAM meramalkan dalam masa 20 tahun lagi PAS sudah tidak relevan seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau lebih teruk lagi akan berkubur seperti Parti BERJASA (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia)

“PAS akan kekal sebagai parti konsevatif dan pada waktu itu tanpa menghormati semangat zaman yang ada, kita beri (masa) 20 tahun lagi, kita beruntung kalau PAS boleh kekal dalam momentum hari ini.

“Tetapi say takut ia (PAS) hanya menjadi seperti PSM, atau pun lebih teruk lagi ia menjadi seperti BERJASA dan sebagainya,” kata Dr Maszlee, dalam forum anjuran Radio Bangsar Utama bertajuk “Pasca Muktamar, Ke Mana Hala Tuju PAS?

Kenyataan Dr Maszlee dalam forum yang berlangsung pada 11 Jun 2015 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) kini dimuat naik semula dan menjadi viral di kalangan facebooker pro Parti Amanah Negara.

Oleh itu, Dr Maszlee menegaskan parti baharu seperti Parti Amanah perlu wujud untuk menggantikan PAS.

“Kita perlu kepada parti baharu yang ‘fresh’ untuk membawa takungan ini.

“Anak-anak muda, NGO-NGO Islam di luar dan juga orang-orang Islamis yang lebih progresif dan demokrat untuk maju ke hadapan.

“Okay lah dalam pilihanraya terdekat (parti baharu) tak dapat kerusi pun tak apa. Kalau perlu mereka bertanding (jika Parti Amanah belum diluluskan ROS), gunakanlah bendera PKR, bendera DAP, gunakalah.

“Tetapi kita lihat 20 tahun..30 tahu ke depan. Pada waktu PAS sudah tidak relevan lagi pada masa itu, kita perlukan Parti Islamis Demokrat yang lebih realistik, Inklusif, boleh duduk bersama (dengan pembangkang lain), memberikan harapan baru, mereka perlu ke hadapan,” katanya.

Namun, beliau menegaskan PASMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) tidak boleh menjadi tulang belakang untuk penajaan parti baharu itu kerana imejnya sebagai serpihan PAS.

“Nama PASMA ini liabiliti kalau nak tubuh parti baru. Secara terus terang, saya terpaksa cakap.

“Ia (PASMA) suatu liabiliti, ia akan nampak golongan tidak berguna..Ini serpihan, bila serpihan, awal-awal lagi dah kalah perang, orang akan kaitkan dengan BERJASA, HAMIM, AKIM dan sebagainya,”katanya dalam forum bersama Hishamuddin Rais, Fathi Aris Omar, Lim Hong Siang 林宏祥 yang dipengerusikan Zulkifli Sulong itu.

Tonton rakaman ucapan Dr Maszlee yang sedang diviralkan, sila klik di sini.
Sumber Link

2 ulasan:

Benbrahem berkata...

Boleh jadi juga Pas akan jadi parti "dormant". Nanti ROS akan hantar.surat peringatan sama ada nak aktifkan akaun atau tutup akaun. Lebih mudah tutup saja akaun.

Benbrahem berkata...

Boleh jadi juga Pas akan jadi parti "dormant". Nanti ROS akan hantar.surat peringatan sama ada nak aktifkan akaun atau tutup akaun. Lebih mudah tutup saja akaun.