"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cara pelik turun bas

RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan wanita itu duduk atas tingkap sebelum terjun.
Zhengzhou, China: Gelagat seorang penumpang wanita di bandar ini yang dirakamkan tiba-tiba terjun dari tingkap bas kerana terlepas hentian mengejutkan pengguna laman sosial di China.

Lebih mengejutkan wanita itu tidak terjatuh walaupun bas berkenaan bergerak laju dan terus berjalan seperti tiada apa yang berlaku.

Aksi wanita itu dirakam kamera keselamatan bas berkenaan dan mula viral di laman sosial di negara itu baru-baru ini.

Rakaman itu menunjukkan wanita yang tidak dikenali berkenaan leka menggunakan telefon bimbitnya sehingga tidak menyedari bas itu berhenti lokasi di tujunya.

Apabila wanita itu menyedari bas berkenaan bergerak dia terus bergegas ke pintu, tetapi pintu kenderaan itu sudah ditutup.
-hmetro-

Tiada ulasan: