"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kehilangan Kevin Morais membingungkan

Mohamad Fadli 
Datuk-Zainuddin-Ahmad,morais
PETALING JAYA: Polis masih mencari petunjuk bagi merungkai misteri kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata pelbagai aspek telah diambil kira termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabatnya.

“Setakat ini, polis belum menemui apa-apa bukti lagi dan tiada perkembangan positif mengenai kes itu.

“Namun pihak kami telah mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sementara itu mengulas mengenai kenderaan yang ditemui terbakar di di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, dekat Hutan Melintang pada Sabtu, Zainuddin berkata polis masih menjalankan siaatan untuk mengesan pemiliknya.

“Buat masa ini polis Perak masih belum mengenal pasti jenis dan nombor kenderaan itu.

“Namun kami akan bekerjasama dengan polis di negeri itu dalam menjalankan siasatan kemungkinan kaitan antara kenderaan itu dengan kehilangan mangsa,” katanya.

Kevin dilaporkan dilihat pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta sebelum hilang.

Dia sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara 15 Julai lalu.
-fmt-

2 ulasan:

Unknown berkata...

Polis masih mencari petunjuk bla2..
Nanti dapat petunjuk,petunjuk pun hilang..
Pom pang pom pang..

Unknown berkata...

Mengingatkan kembali kisah "ALTANTUYA"...Sejarah mungkin berulang
Kita lihat dan tunggu.....