"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mudahnya orang PAS melabel Agamawan Yang Tidak Sehaluan Dengan Mereka Sebagai Agamawan Jahat

Agamawan Yang Memburukkan Wajah Islam
Kenapa masih ramai yang mudah tertipu dengan agamawan-agamawan jahat? Mereka justifikasikan tindakan pihak yang menyebelahi mereka dengan berbagai hujah agama. Mereka sembunyikan sisi-sisi buruk dan sengaja mengemukakan sisi-sisi khilaf agar boleh menegakkan benang basah.

Secara jelas YB-YB yang melompat parti bersama jawatan wakil rakyat adalah perbuatan KHIANAT. Ini isu utama yang menjadi pertelingkahan sekarang. Tak perlu dalil agama, moral manusiawi pun akan kata ini perbuatan jahat. Bahkan mereka-mereka juga pernah mengatakan dahulu apabila ada wakil rakyat PKR dan DAP lompat ke parti lain, berbagai fatwa dikeluarkan mencemuh tindakan tersebut. Tapi hari ini, mufti dan agamawan inilah yang sedaya upaya menutup perkara ini dengan menimbulkan isu-isu lain bersifat sampingan dan sensitif tetapi sengaja diperbesarkan.

Apa yang dilakukan oleh YB-YB adalah KHIANAT dan MELANGGAR PERJANJIAN. Perjanjian mereka sebelum ini adalah untuk meletakkan jawatan sekiranya keluar dari PAS. Tetapi ada mufti yang menyesatkan manusia menyatakan perbuatan itu tidak mengapa, boleh diselesaikan dengan hanya membayar kafarah sahaja. Ajaran apakah ini?

Jangan belitkan sumpah dengan perjanjian. Sumpah adalah perkara-perkara yang dibuat tanpa penglibatan risiko pihak lain. Sedangkan perjanjian berkait dengan pemberian hak pihak lain kepada yang berjanji.

Kalaulah melanggar perjanjian dalam Islam semudah membayar kafarah sahaja, maka adakah halal seseorang yang meminjam wang 2.6 bilion dan berjanji memulangkannya kembali, boleh melanggar janji tersebut hanya dengan kafarah sembelih kambing dan jamu orang miskin lalu menyapu percuma 2.6b?

Adakah halal seorang jurujual kereta yang buat perjanjian menjual kereta syarikat, melanggar perjanjian dengan melarikan kereta dan hanya bayar kafarah?

Wakil-wakil rakyat sebelum dicalonkan PAS, mereka terlebih dahulu berjanji akan taat setia kepada parti dan melaksanakan amanah parti. Jika mereka enggan, mereka berjanji untuk melepaskan jawatan. Apa yang lebihnya perjanjian ini adalah, mereka turut diminta bersumpah dengan nama Allah dan demi agama Allah lalu jadilah ia sebuah baiah. Berbeza dengan orang yang bersumpah "akan berjalan kaki ke Mekah", dimana itu sumpah yang boleh dibatalkan dengan kafarah sahaja kerana tidak melibatkan kerugian yang ditanggung pihak lain.

Samalah halnya beza orang yang melakukan dosa dengan Allah dan dosa sesama manusia. Menurut Imam Nawawi dosa dengan Allah seperti meninggalkan solat, zina dan hasad dengki boleh diselesaikan dengan bertaubat, tetapi dosa yang berkaitan dengan manusia seperti mencuri, mencederakan atau menipu tidak cukup dengan bertaubat, tetapi wajib meminta maaf dan menyelesaikan segala tuntutan orang tersebut. Barulah Islam akan dilihat adil.

Sikap mufti dan agamawan berat sebelah ini hanya memburukkan wajah Islam di mata masyarakat. Betapa mudahnya ajaran Islam menghalalkan tindakan mungkir janji hanya dengan kafarah. Kerugian yang ditanggung pihak lain langsung tidak terbela. Bagaimana bukan Islam mahu tertarik dengan sekiranya khianat dihalalkan dengan upacara tertentu sahaja? Agamawan sepatutnya menunjukkan keadilan Islam. Mereka mesti berpandangan secara menyeluruh. Faham dulu situasi sebenar sebelum gelojoh menjawab.

Saya amat menyanjungi sikap mufti Wilayah Persekutuan. Beliau mengeluarkan suatu tulisan menggambarkan Islam sebenar iaitu kewajipan akur kepada janji. Namun ia seolah tidak mendapat sambutan lantaran fatwanya berbeza dari nafsu serakah mereka yang gila kuasa. Maka tanggunglah wahai para agamawan yang tidak jujur dalam berpendapat sehingga menghodohkan kejernihan Islam. Wallahu ma aqulu wakil.

Kepada Dr Maza, UZAR, Dr Rozaimi dan seangkatan dengannya, bacalah pesan orang biasa ini. Kepada umat Islam dan bukan Islam, jangan salah sangka. Apa yang mereka nyatakan bukanlah gambaran Islam yang sebenar.

(Alang Ibn Shukrimun)

2 ulasan:

mohamad berkata...

Hingusan pas yg syok rasa dirinya ulamak dan perasan pas milik pusaka yg jatuh hanya kpd mereka. Baru balik belajar dr negara timur tengah dah nak tunjuk manggak. Berhujjah guna akal. Mana nas dan dalil spt yg ditujukkan oleh dr maza. Aku rasa alang syukrimun lebih baik betulkan keluarganya dulu, ramai pak sedarnya masih totok umno. Neneknya umno tegar yg berubah. Dr aibuk2 nak betul kan org yg mempunyai ilmu yg lebih tinggi, lebih baik tarbiyyah keluarganya.

Abdul Said berkata...

Rakyat biasa yang sibuk cari nafkah, yang sesekali tengok propaganda dalam pelbagai media mesti jadi bingung melihat , membaca dan mendengar cerita mengenai telatah orang-orang yang dipanggil ulamak. Itulah nasib orang bawah, selalu keliru dan dikelirukan oleh opportunis yang memakai kot atau baju Melayu serta songkok atau pun pakai jubah, serban dan selempang. Jangan tertipu dengan slogan yang mengaitkan ugama. Berpandulah dengan Al quran dan Assunah serta jangan berguru hanya pada satu orang sahaja!!!!