"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 lelaki didakwa merogol murid darjah lima

Kuala Lumpur: Tiga lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang budak perempuan berusia 11 tahun, pertengahan bulan ini.

Ketiga-tiga tertuduh yang berusia antara 17 dan 20 tahun itu, masing-masing mengaku tidak bersalah sebaik sahaja kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed, Hakim Azrul Darus dan Majistret Haslinda A. Raof.

Mohammad Afandi Danti, 19; Mohad Azhar Langsar, 20 dan pesalah juvenil itu didakwa merogol seorang murid darjah lima di sebuah bilik sewa di Jalan Pandan Indah 1/23, Pandan Indah Ampang dekat sini, pada 12 dan 14 Februari lalu.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan Mohammad Afandi dan Mohad Azhar diikat jamin manakala Haslinda membenarkan lelaki bawah umur itu diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan semula bagi kesemua kes.
-utusanonline

Tiada ulasan: