"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rombongan Zahid dipercayai menghadap Tuanku Muhriz malam ini

Bernama

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi dilihat memasuki Istana Hinggap, di sini, bagi menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Lebih 10 kenderaan dipercayai dinaiki pemimpin BN dan Perikatan Nasional (PN) termasuk Pengerusi BN Negeri Sembilan Mohamad Hasan, mengiringi kenderaan itu memasuki pekarangan istana kira-kira 10 malam.

Rombongan itu dipercayai menghadap Tuanku Muhriz bagi mempersembahkan kemenangan BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan ke-16, serta nama calon menteri besar untuk membentuk kerajaan negeri.

Terdahulu, Zahid berkata BN dan PN akan membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga, berdasarkan keputusan tidak rasmi pada pilihan raya hari ini.

Secara tidak rasmi, BN menurut beliau memenangi 18 DUN manakala PN memperoleh tujuh kerusi, sekali gus memberikan kedua-dua gabungan parti politik yang bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan itu, majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Tiada ulasan: