"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Arak termasuk dalam kategori keperluan atau kritikal?

Pemuda PPBM persoal kilang arak Heineken dibenar beroperasi semasa PKP
FMT Reporters
PETALING JAYA:
Pemimpin Pemuda PPBM hari ini mempersoalkan kenapa kilang arak Heineken dibenar beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, exco agama Pemuda PPBM Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini berkata, hanya perkhidmatan kritikal dan perlu dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

“Adakah kerajaan menyifatkan arak dan minuman keras yang jelas haram ke dalam kategori keperluan atau kritikal?

Beliau berkata, berlawanan dengan itu, banyak perniagaan halal milik Bumiputera diarahkan tutup, terutama industri kecil dan sederhana.

“Mengapa pengecualian diberikan kepada kilang arak Heineken, sedangkan terang-terangan perniagaan mereka haram.”

Beliau berkata, apakah pengecualian itu diberikan kierana syraikat itu mempunyai hubungan dengan “orang berkepentingan”.

Dalam pada itu, satu surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna didapati tular di media sosial hari ini.

Surat tersebut yang ditandatangani oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan Hasnol Zam Zam Ahmad bertarikh 31 Mac menyebut, setelah diteliti dan disemak, syarikat berkenaan memenuhi kriteria ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan di bawah PKP.

“Sehubungan itu kementerian mengesahkan dan bersetuju bahawa aktiviti perniagaan tuan boleh dibuka/beroperasi bagi memastikan pembekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa,” katanya.

FMT telah menghubungi KPDNHEP untuk pengesahan dan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob untuk komen.

Tiada ulasan: