"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seluruh KL kini berada dalam zon merah Covid-19

Malaysiakini
KORONAVIRUS |
Seluruh kawasan Kuala Lumpur kini diklasifikasikan sebagai zon merah Covid-19 selepas daerah terbaru - Cheras - mencatatkan 44 kes positif penyakit itu.

Dalam hantaran di akaun rasmi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tengah hari tadi, data menunjukkan Cheras dimasukkan dalam kategori zon merah.

"Taburan kes mengikut negeri dan daerah sehingga 12 tengah hari 5 April.

"Pertambahan kawasan zon merah terbaru iaitu Cheras menjadikan jumlah kepada 18 daerah.

"Duduk di rumah dan penjarakan sosial mampu memutuskan rantaian jangkitan," kata KKM

Sebelum ini Cheras masih berada dalam zon oren dengan 38 kes positif Covid-19.

Semalam berdasarkan maklumat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) ada satu zon merah dalam kawasan Kuala Lumpur dan dua lagi di Selangor dengan jumlah kes positif sehingga 300.

Melalui kenyataan disebarkan dalam aplikasi Telegeram, CPRC sebelum ini berkata sebanyak 17 daerah sudah dikenal pasti sebagai zon merah.

Selain Cheras, kawasan lain dalam Kuala Lumpur yang diletakkan sebagai zon merah ialah Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa.

Tiada ulasan: