"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi diminta cermin diri kerana desak penjawat awam letak jawatan

ARIFF BASHIRUDDIN

Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Hazmi Hassan hari ini membidas sikap sombong Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang kerana mendesak penjawat awam yang dituduh menyokong Pakatan Harapan (PH) supaya meletakkan jawatan.

Menurut beliau, tanggungjawab dan pengorbanan para penjawat awam dalam memastikan sistem perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dilaksana dengan berkesan adalah jauh lebih besar sumbangannya dibanding dengan apa yang Hadi buat ketika ini.

“Hadi sebelum ini bergaduh dengan golongan belia apabila menolak perlaksanaan Undi 18 dan menuduh belia sebagai tidak matang untuk mengundi.

“Kali ini nampaknya Hadi mahu bergaduh dengan para penjawat awam pula, sedangkan peranan penjawat awam adalah lebih besar dan penting dibanding dengan Duta bertaraf Menteri ke Timur Tengah yang sehingga kini tidak nampak langsung peranan dan faedahnya kepada rakyat dan negara”, katanya yang juga Ketua AMANAH Kawasan Pengkalan Chepa.

Pada masa sama, Hazmi menegaskan bahawa kelemahan dan ketidak mampuan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara hari ini bukanlah salah penjawat awam, tetapi sebenarnya salah para menteri termasuk duta bertaraf menteri yang kini bagaikan badut tidak tahu bekerja dan hanya makan gaji buta,

“Hadi jadi duta bertaraf menteri yang sebelum ini berkata mahu insafkan para pelabur Timur Tengah supaya masuk melabur ke Malaysia, sudah berapa ramai pelabur masuk dan sudah berapa ringgit pelaburan dibuat?

“Belum jadi Perdana Menteri dah sombong suruh penjawat awam letak jawatan, sedangkan para menteri dan ahli Parlimen yang takut bersidang di Parlimen ini yang sepatutnya merasa malu kepada rakyat dan letak jawatan”, desak Hazmi lagi.

Terdahulu, Hadi dalam hantaran Facebooknya berkata, penjawat awam perlu mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti-parti yang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.

Katanya, sekiranya, penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.

Tiada ulasan: