"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno tanggung dosa PN jika terus kekal dalam kerajaan

Amalan presiden Umno jadi PM…lupakanlah, kata Ku Li

FMT Reporters

PETALING JAYA: Umno perlu melupakan amalan untuk menjadikan presiden sebagai perdana menteri, kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau setuju dengan kenyataan Ketua Bahagian Umno Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad yang amalan itu perlu dihapuskan.

“Saya setuju di banyak negeri maju di Britain dan AS orang yang jadi presiden bukannya ketua parti. Dia jaga dasar dan perjuangan parti. Sampai masa, bila nak jadi calon dia pilih yang betul-betul layak,” katanya menurut laporan The Malaysian Insight.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, negara memerlukan pemimpin yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan. 

Katanya, tidak guna mempunyai perdana menteri yang popular dalam parti tetapi ada rekod buruk dan tidak boleh menjadi contoh buat negara.

“Kita perlu melatih pemimpin kita untuk menerima perubahan ini dan tidak berpegang kepada amalan lama. Negara perlukan Ahli Parlimen lebih berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata Umno akan menanggung “dosa” dilakukan Perikatan Nasional (PN) jika tidak meninggalkan kerajaan secepat mungkin.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, Umno perlu bertanggungjawab jika tidak meninggalkan kerajaan PN.

“Dosa yang paling besar dilakukan PN adalah pengisytiharan darurat walaupun tidak dipersetujui Umno.

“Jadi ini semua dosa yang kita tanggung. Kenapa Umno mesti pikul tanggungjawab ini. Umno tak patut berkongsi kesalahan ini, kerana kita tak salah,” katanya.

Beliau berkata, Umno hanya bersetuju menyertai kerajaan PN pada 2020 bagi menamatkan pergolakan politik yang bermula daripada “Langkah Sheraton”.

Tiada ulasan: