"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada pemimpin Pas nafi Najib biayai Muktamar Pas

MALAYSIA DATELINE

Sehingga kini, tidak ada seorang pun pemimpin Pas yang tampil ke hadapan menafikan perbelanjaan satu Muktamar Pas dibiayai oleh Datuk Seri Najib Razak ketika beliau adalah perdana menteri.

Dakwaan itu dibuat oleh orang kanan Najib, Datuk Lokman Nor Adam menerusi FB Live beliau baru-baru ini ekoran serangan Ketua Dewan Ulama Pas terhadap Najib.

Menurut Lokman, Najib menolong membiayai perbelanjaan itu selepas Pas memutuskan hubungannya dengan DAP.

“Muktamar Pas dulu siapa yang tanggung? Ingat!

“Cakap mesti ada sedikit bahasa. Mentang-mentang dah ada tokei baru, Azmin semburit yang bagi duit, dah jadi kacang lupakan kulit,” kata beliau menerusi video yang kini tular itu.

Bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan ketika Najib adalah menterinya itu menyerang balik Pas selepas Ketua Dewan Ulama, Nik Zawawi Salleh menyerang Najib dengan mengatakan Penasihat BN itu sengaja buat troll kerana nak tambah likes di facebook untuk tarik perhatian netizen dan membina pengaruh.

Dewan Ulamak Pas juga tidak membuat sebarang jawapan terhadap dakwaan ini.

Posting Dewan Ulamak yang terakhir adalah tentang Palestin manakala posting bertajuk “Vaksin Ketenangan Jiwa Melalui Qiamullail” telah dijawab sinis oleh netizen.

Salehudin Basri menulis, “Jiwa tak berapa nak tenang ni sejak cabutan khas nombor ekor naik jadi 22. Tahniah kepada sebahagian dah jadi kerajaan tu. Moga tenang di hadapan Allah nanti!”

Ini berikutan keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menaikkan jumlah cabutan judi nombor ekor 4 Dijit dari lapan kali semasa kerajaan Pakatan Harapan kepada 22 kali cabutan oleh kerajaan PN mulai tahun 2021.

Tiada ulasan: