"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin Bersatu Johor didakwa terima 12 laporan polis kerana kegiatan ‘scammer’

HARUN ZAKARIA

Kalau hendak pilih pemimpin pun biarlah yang bersih janganlah sampai pilih golongan yang banyak tahi. Begitulah hakikatnya apabila mahu sangat khianati mandat rakyat sampai pilih ‘scammer’ jadi pemimpin.

Bukan tahap biasa, dengar katanya pemimpin Bersatu di selatan Johor itu mahu dipilih sebagai calon Parlimen. Wah, hebat sekali percaturan Bersatu yang meletakkan calon yang mempunyai rekod atau laporan polis yang bertimpa-timpa.

Dengar kata lagi, pemimpin itu juga adalah rakan baik kepada seorang pengerusi berkaitan dengan pendidikan tinggi di Malaysia. Ini lagi hebat apabila pendedahan dari rakyat ini menunjukkan bukan itu sahaja, katanya beliau juga mempunyai pengaruh yang besar dalam Bersatu.

Tahniah Bersatu kerana melantik seseorang yang mampu untuk menipu rakyat seperti mana ‘track record’ yang beliau perolehi.

Mungkin itulah yang dimahukan oleh Muhyiddin anak kiyai Yassin atau nama popularnya Din Pagoh untuk melantik penipu menjadi pemimpin.

Sekiranya Din Pagoh tidak tahu, lebih baik beliau periksa dengan mereka yang mempunyai jawatan dalam Bersatu di Johor Bahru. Cuba periksa latar belakang mereka, manalah tahu Din Pagoh tak perasan berkenaan ‘track record’ individu berkenaan.

Ini sekadar membantu Bersatu dalam usaha menjadi parti mereka bebas dan bersih dari sebarang kes salah laku peribadi. Bukan apa kalau dilihat dengan budaya dan juga amalan kabinet Din Pagoh hari ini, siapa punya kabel yang kuat maka suara mereka akan menjadi kebal.

Individu ini boleh tahan kabelnya, mungkin juga beliau kebal. Dia pun sekarang ini tengah giat menggerakkan kerja bagi mendekati rakyat di parlimen Johor Bahru. Iyalah bukan calang-calang kerusi Johor Bahru tersebut.

Mungkin bagi individu berkenaan, kalau tak dapat parlimen pun tak mengapa kerana dua Dun masih menanti. Manalah tahu sekiranya PN menang di Johor, mungkin beliau boleh jadi MB atau exco seperti kawan baiknya yang juga exco di parlimen yang dimaksudkan.

Tiada ulasan: