"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ugut sebar video bogel rakan, dua remaja ditahan polis

Umavathi Ramayah

AMPANG JAYA: Tindakan dua remaja lelaki memeras ugut seorang kenalan mereka dengan menggunakan video bogel mangsa akhirnya memakan diri apabila mereka diberkas polis di sebuah pusat beli-belah di Ampang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, penahanan itu dibuat susulan laporan yang diterima daripada mangsa mendakwa diugut untuk membayar sejumlah wang bagi mengelakkan video intimnya bersama teman wanita disebarkan di media sosial.

"Kejadian dilaporkan berlaku pada 11 April lalu di mana mangsa menerima mesej ugutan melalui aplikasi WhatsApp daripada salah seorang suspek yang juga merupakan kenalannya.

"Takut video berkenaan disebarkan, mangsa membuat bayaran secara ansuran berjumlah RM2,800 secara tunai.

"Namun suspek masih menuntut bayaran tambahan sebanyak RM1,000, menyebabkan mangsa akhirnya membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Bertindak atas laporan itu, Mohd Azam berkata, polis menahan kedua-dua suspek berusia 18 tahun dan merampas tiga buah telefon pintar.

Kata beliau, semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah manakala rakannya tiada sebarang rekod jenayah.

"Ujian air kencing turut mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis Tetrahidrokannabinol (THC).

Menurutnya, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Mohd Azam memberitahu, mereka disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan Seksyen 292 kanun sama kerana memiliki bahan lucah.

Tiada ulasan: