"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli politik cekik pekerja kontrak

KOSMO
Tangkap layar video menunjukkan detik ahli DPRD memukul dan mencekik seorang pekerja kontrak di kaunter. - Instagram
JAKARTA – Seorang ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan menerima kecaman orang ramai selepas dirakam mencekik dan mengasari seorang pekerja kontrak, lapor portal berita Tribunnews. 

Kejadian berlaku di Pejabat Kependudukan dan Catatan Sipil (Dukcapil) Pinrang semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lasinranginfo menunjukkan ahli DPRD dikenali sebagai Mansur itu menghampiri seorang wanita yang sedang duduk di kaunter pertanyaan. 

Mansur kemudian mencekik dan memukul mangsa sebelum beredar dengan menunggang motosikal. 

Mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada polis. 

“Saya masih di balai polis untuk melengkapkan laporan saya,” katanya.

Rakaman itu mencatatkan lebih 11,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kenapa perlu cekik?” kata seorang netizen. – AGENSI

Ibu, anak dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan

Audrey Dermawan dan Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my
POLIS melakukan siasatan susulan penemuan mayat dua beranak dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah kampung di Juru, Bukit Mertajam. FOTO Aminah Yusof.
POLIS melakukan siasatan susulan penemuan mayat dua beranak dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah kampung di Juru, Bukit Mertajam. FOTO Aminah Yusof.
Juru: Wanita dan anaknya ditemui maut dipercayai dibunuh di rumah sewa mereka di sebuah kampung di sini, hari ini.

Difahamkan, mayat wanita itu dan anak perempuannya berusia 11 tahun ditemui suaminya pada jam 7.30 malam.

Turut difahamkan mayat wanita ditemui di bahagian dapur rumah dalam keadaan mengerikan dengan kepala hampir putus, manakala anak perempuan di tingkat atas rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Setakat ini, polis sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan terbabit baru menyewa rumah berkenaan dan kanak-kanak itu adalah anak tiri lelaki terbabit.

"Kami mengetahui kejadian selepas lelaki itu memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp penduduk," kata jiran berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Insiden melibatkan mangsa mangsa wanita berusia 51 tahun dan anak berusia 11 tahun. Siasatan lanjut masih diteruskan pihak polis," katanya.

Terengganu: 2 maut, 5 nyaris lemas ditarik ombak

Bernama

KEMAMAN: Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di Pantai Penunjuk, Kijal, bertukar tragedi apabila seorang wanita dan anak saudaranya maut, manakala lima lagi nyaris lemas selepas ditarik ombak ketika mandi-manda, petang tadi.

Ketua Polis Kemaman, Mohd Razi Rosli, berkata dalam kejadian kira-kira 4.15 petang, mereka dipercayai sedang mandi di kawasan pantai sebelum tiba-tiba dihanyutkan ombak ke bahagian lebih dalam.

Katanya, lima mangsa berjaya diselamatkan ahli keluarga dan orang awam, namun dua lagi mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang tidak sedarkan diri ketika ditemui dibawa ke Klinik Kesihatan Kijal, namun disahkan meninggal dunia pada 5.23 petang.

“Ibu saudaranya berusia 39 tahun turut tidak sedarkan diri dan dibawa Ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.42 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Kijal, Azizee Alias, berkata semua mangsa yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berjaya diselamatkan orang awam sebelum ketibaan pasukannya.

“Pihak bomba di lokasi kejadian telah memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum mereka diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.