"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rais Yatim pengerusi Wawasan, Rahim Thamby Chik, Wan Saiful naib presiden

FMT Reporters

Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah dilantik sebagai setiausaha agung dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad selaku ketua penerangan.
Bekas menteri Rais Yatim dilantik sebagai pengerusi Wawasan, manakala Rahim Thamby Chik dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan antara lima naib presiden parti itu.
PETALING JAYA: Tokoh politik veteran, bekas menteri, Ahli Parlimen dan profesional dilantik menerajui pucuk pimpinan Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin dilantik sebagai presiden, manakala bekas menteri, Rais Yatim selaku pengerusi Wawasan dan bekas ketua bersekutu Bersatu Johor, Tan Lek Khang memegang jawatan timbalan presiden.

Lima naib presiden Wawasan terdiri daripada bekas ketua Bersatu Melaka Rahim Thamby Chik, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, bekas setiausaha agung Pemuda MCA, Leong Kim Soon, Omar Mustapha dan Huan Cheng Guan.

Menurut laporan Berita Harian, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah dilantik sebagai setiausaha agung Wawasan dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad selaku ketua penerangan.

Setiausaha Eksekutif Wawasan disandang Badrul Ezan Mohd Yusof, manakala Arifin Tobias dilantik sebagai bendahari agung.

Turut diumumkan pelantikan 25 ahli jawatankuasa, termasuk Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzair Ayob, bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Ibrahim Shah Abu Shah dan Ahli Parlimen Padang Rengas Azahari Hasan.

Hamzah mengumumkan penubuhan Wawasan pada 13 Jun lalu dalam Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan.

Tiada ulasan: