AMIR HAIKAL KAMARUDIN

Poster yang dimuat naik oleh JIM di laman Facebook.
PETALING JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menyewakan premis atau memberi perlindungan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana perbuatan itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.Berita Malaysia
Dalam hantaran di laman Facebook hari ini, JIM berkata, pemilik premis dan majikan perlu memastikan status imigresen warga asing sentiasa sah bagi mengelakkan dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Menurut jabatan itu, menyewakan premis atau memberi perlindungan kepada PATI bukan sahaja berisiko, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang di bawah Akta Imigresen.
“Pastikan status sah, lindungi diri dan premis anda. Menyewakan premis atau memberi perlindungan kepada warga asing tanpa dokumen atau permit sah bukan sahaja berisiko, malah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya.
JIM turut menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan dan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi atau menggaji PATI. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan