"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini merupakan Undi Tidak Percaya Kepada Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Shahrir Abdul Samad mengesahkan beliau sudah mukmatad agar tidak dilantilk semula sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) dan juga Kabinet yang baru.

Shahrir menjelaskan, susulan kekalahan semalam adalah tidak adil untuk kepimpinan parti melantik beliau semula menduduki MT dan jemaah menteri.

Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata, keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menggambarkan sokongan terhadap kedudukan beliau sebagai anggota Kabinet.

Tegas Shahrir, beliau tetap akan menolak jikapun dilantilk semula oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dan bakal Perdana Menteri.

"Saya akan menolak jika ada tawaran dilantik... bagi saya kita kena ada asas sokongan daripada ahli parti walaupun untuk pegang jawatan dalam kerajaan," kata beliau ditemui di PWTC tengah hari ini.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa belum memaklumkan hasratnya kepada Najib lagi.

Pun begitu beliau yakin Najib akan memahami kedudukan dan hasratnya itu.

Malah kata Shahrir, adalah tidak adil bagi pucuk kepimpinan melantik beliau semula menduduki MT sebagaimana dilakukan pada 2004.

Shahrir dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mac 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau merupakan antara dua menteri, timbalan menteri dan empat menteri besar gagal dalam saingan mereka untuk menduduki MT kali ini.

Kata beliau, keputusan itu juga selari dengan konvensyen Umno iaitu meletakkan jawatan ekoran keputusan pemilihan.

Malah katanya, keputusan itu diambil selari dengan peralihan kuasa dijangka awal bulan depan.

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Berita Terdahulu

Shahrir tawar letak jawatan Kabinet, ramai menyusul?

KUALA LUMPUR: Datuk Shahrir Abdul Samad menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet ekoran kegagalan dalam pemilihan kerusi Majlis Tertinggi (MT) semalam.

Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata, keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menggambarkan sokongan terhadap kedudukan beliau dalam anggota Kabinet.

Shahrir dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mac 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau merupakan antara dua menteri, timbalan menteri dan empat menteri besar gagal dalam saingan mereka untuk menduduki MT kali ini.

Kata beliau, keputusan itu juga selari dengan konvensyen Umno iaitu meletakkan jawatan ekoran keputusan pemilihan.

Malah katanya, keputusan itu diambil selari dengan peralihan kuasa dijangka awal bulan depan.

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri. 

 -mstar.com.my-

Tiada ulasan: