"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR Kemuka Bukti Penyelewengan MIC

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Gerakan Belia Prihatin (CYM), sebuah NGO, telah mengemukakan pelbagai dokumen kepada SPRM bersabit dakwaan penyelewengan oleh MIC melibatkan tanah milik sebuah sekolah rendah Tamil di Bandar Utama, Selangor.

Naib Presiden PKR dan anggota Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, berkata kes itu menuduh presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu telah melakukan penyelewengan membabitkan 1.2 hektar tanah perdana yang pada asalnya diperuntukan untuk Sekolah Tamil Effingham.

Beliau berkata tanah itu dikhaskan untuk kegunaan awam dan tidak harus dijual atau dipindahkan kepada mana-mana individu atau parti politik.

"Kami mahu Samy Vellu berbuat sesuatu yang betul dengan mengembalikan baki tiga ekar tanah yang pada asalnya diketepikan untuk Sekolah Tamil Effingham kepada rakyat.

Sivarasa berkata Samy Vellu bebas untuk mengaku masalah itu berpunca daripada kesilapan pentadbiran yang mengakibatkan namanya disenaraikan sebagai pemilik separuh daripada tanah itu di Jalan Bandar Utama 1/1.

"Tetapi kini sudah hampir enam bulan sejak beliau meminta maaf dan kita mahukan beliau membetulkan kesilapan itu," kata Sivarasa kepada pemberita sebelum menyerahkan dokumen bukti kepada pengarah SPRM Selangor Moh Samsudin Yusof.

Sebelum ini, Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam menjelaskan bahawa tanah itu dimiliki oleh parti dan berlaku kesilapan dalam keterangan mengenai tuan punya tanah.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: