"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau penduduk dah tak suka, kerajaan negeri tak boleh buat apa

 Oleh: WADIASSOFI JAAFAR 

ALOR SETAR, 23 Mac – “Masalah itu adalah masalah penduduk dan Badan Amal Surau Taman Rakyat Mergong dengan KEMAS. Kalau penduduk tidak mahu kepada pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan politik, apa boleh saya buat,” kata Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menurutnya, surau berkenaan bukan premis milik Kerajaan dengan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Ia ditadbir dan diuruskan oleh Badan Amal Taman Rakyat Mergong yang ditubuhkan atas inisiatif penduduk untuk mengurus dan mengimarahkan surau tersebut.

“Arahan Kerajaan Negeri sebelum ini iaitu kelas tadika yang beroperasi di premis milik Kerajaan Negeri boleh meneruskan aktiviti pendidikan prasekolah, tetapi bagi premis milik persendirian atau milik orang ramai, ia bergantung kepada perbincangan dan persetujuan dengan mereka,” jelasnya.

Beliau berharap agar KEMAS dapat mengadakan perbincangan dengan Badan Amal Surau Taman Rakyat Mergong dalam usaha mengatasi masalah itu.

Beliau menjelaskan, tujuan utama pembinaan surau itu adalah untuk kebajikan dan penyatuan penduduk di taman itu.

Surau Taman Rakyat Mergong, di sini dibina dengan kos sebanyak RM160,000 di mana mendapat bantuan daripada Jabatan Pembangunan Negeri sebanyak RM50,000 dan selebihnya RM110,000 adalah atas daya usaha ahli jawatankuasa pembinaan surau serta penduduk Taman Rakyat Mergong.

Tujuan utama pembinaan surau itu adalah untuk kebajikan dan penyatuan penduduk di taman itu.

Tiada ulasan: