"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib penyebab Krisiis Perlembagaan Perak 2009


Pada awalnya , Sultan Perak sebenarnya tidak cenderung menyingkirkan Nizar. Apabila Nizar mengadap Sultan, Tuanku sebenarnya dapat menerima cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan.

Tetapi Tuanku ‘takut’ setelah Najib mengadapnya dan memperingatkan (baca mengancam) baginda Tuanku bahawa baginda ‘membahayakan’ tahtanya sendiri jika baginda berpihak kepada Pakatan Rakyat dalam krisis Perlembagaan Perak ini.

Ya, itu adalah benar.Najib telah mengancam Sultan dan mengingatkannya (baca mengugut Sultan) bahawa masa depannya bergantung ditangan Umno.Dan Najib tanpa berasa malu mendakwa Umno adalah pelindung Institusi Raja.Karut! Saya tahu apa yang telah berlaku.

Tentunnya kini, Umno mendakwa merekalah pelindung Institusi Raja.Tetapi jika Sultan Perak bertegas dan tidak setuju menyingkirkan Nizar dan menggantikannya dengan Zambry, adakah Umno akan terus dengan dakwaan tersebut ; mengheret Raja-Raja melalui Krisis Perlembagaan ke-Tiga sebagaimana ditahun 1980-an?

Dan sebab itulah saya bersuara dalam mempertahankan Sultan Perak – dan ramai pembaca Malaysia Today menghentam saya kerana hal tersebut.Tetapi saya juga meminta kepada Nizar supaya tetap dengan pendiriannya dan tidak tidak mudah mengalah walaupun ianya akan mengakibatkan satu krisis perlembagaan .

Sumber : 
RPK 
Berkaitan : sila lihat 
di sini      

Tiada ulasan: