"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ayuh Kita Sokong Petisyen Ini:Petisen Blogger Seru Ahli Parlimen Tolak Najib

Blogger Haris Ibrahim yang melancarkan petisen "Kami Tidak Berkeyakinan Terhadap Dato' Seri Najib Tun Abd Razak" hari ini menyerahkan petisen kepada semua Ahli Parlimen bagi menuntut penubuhan Jawatankuasa Siasatan diRaja bagi menyiasat dakwaan keterlibatan Timbalan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Petisyen yang dilancarkan sejak 4 Januari lalu ditandatangani pengundi di semua kawasan Parlimen melalui pautan http://www.petitiononline.com/pmbersih/petition.html.

Dalam satu kenyataan Haris berkata,  sekiranya jawatankuasa itu tidak diwujudkan pihaknya akan memaklumkan kepada Yang DiPertuan Agong ketidakyakinan warga blog terhadap Najib.

Salinan petisen juga akan diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong.

Haris menggesa semua Ahli Parlimen mengambil serius permintaan dan pandangan rakyat serta mengambil segala inisiatif bagi memaklumkan kepada Seri Padukan Baginda  bahawa selaku wakil yang dilantik oleh rakyat, mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap Najib sebagai Perdana Menteri.

Kebelakangan pelbagai pihak menzahirkan rasa tidak puas terhadap sifir politik UMNO membolehkan Najib menjadi Perdana Menteri.

Baru-baru ini bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim memohon  Seri Paduka Baginda tidak melantik Najib secara automatik dan menimbang calon lain yang lebih telus dan bersih dari rasuah dan skandal.

Antara nama yang dicadangkan termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Begitu juga tokoh veteran Tengku Razaleigh turut  menyatakan bahawa Yang Dipertua Agong mempunyai kuasa sepenuhnya untuk membuat keputusan bagi melantik individu yang pada pandangan baginda mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Haris yang mengendalikan blog The People's Parliment berkata kesesuaian Najib sebagai bakal Perdana Menteri telah dipertikaikan oleh media antarabangsa dan ini secara langsung mengundang tumpuan tidak menyenangkan masyarakat antarabangsa terhadap kepimpinan Malaysia. 

 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: