"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khir Toyo Jangan Hina Dun Dengan Kenyataan Merapu

Muhammad Arif Ismail

SHAH ALAM, 13 Julai (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dewan Negeri (Dun) Selangor, Dato' Seri Mohamad Khir Toyo digesa jangan menghina Dun yang mulia dengan mengemukan fakta yang berdasarkan andaian dan tuduhan yang tiada sandaran malah lebih kepada merapu.

Ahli Dewan Negeri Selangor (Dun) Batu Tiga yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua pembangkang itu.

Katanya, kenyataan Khir Toyo dalam perbahasan enakmen perbekalan dengan baru-baru ini, membuat tuduhan yang tiada sandarannya dengan menuduh dan membuat andaian yang bukan-bukan dalam Dewan yang mulia.

"Sedangkan beliau tidak tahu apa sebenarnya berlaku apabila Kerajaan negeri telah menandatangi perjanjian persefahaman MoU denga sebuah syarikat Frozen Tech Sdn Bhd. pada 1 Julai lalu.

"Ingin saya buat penjelasan bahawa syarikat tersebut bukan syarikat dua ringgit," katanya yang menafikan dakwa Khir Toyo dengan mengatakan bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat dua ringgit.

Syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat anak tempatan yang datang membuat pelaburan di Selangor sebanyak RM2.1 bilion sehingga lima tahun dan kembali kepada berkhidmat kepada Kerajaan negeri setelah lama bekerja didalam bidang ICT di beberapa buah negara barat.

Tambahnya, tuduhan pihak pembangkang yang diketuai oleh Ahli Dewan Negeri (Adun) Sungai Panjang itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak bertanggunjawab.

Pihak pembangkang yang diketuai Barisan Nasional (BN) sebenarnya tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum melemparkan tuduhan yang tidak berasa itu.

Selain itu, katanya, Pihak pembangkang juga mendakwa syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan projek ICT di negeri ini.

Tegasnya dalam sidang media, terdapat satu prosedur antarabangsa iaitu 'International Telecommunication Union (ITU) yang telah digunakan seluruh dunia mengenai penggunaan kelajuan jalur lebar di sesebuah negara.

"Telah ditetapkan bahawa jika kita menggunakan kelajuan jalur lebar sebanyak, 8.5 giga byte, tidak perlukan permohonan lesen dan sebaliknya, baru kita perlukan lesen," katanya yang menjelaskan ini merupakan prosedur yang digunakan seluruh dunia.

Dalam sidang dewan yang sama pihak Pembangkang juga mendakwa kerajaan negeri tidak mengenakan sebarang bayaran dalam perkhidmatan yang disediakan.

"Sebab itulah kita tidak perlu bayar apa-apa dan kita tidak mengenakan bayaran dalam perjanjian itu, tetapi pihak syarikat itu perlu melalui beberapa proses.

"Proses tersebut ialah pengambilan tanah dan bekerjasama dalam usaha sama ini dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya merupakan semua proses yang kena dibayar, tidak ada istilah percuma," kata beliau tidak menafikan dakwaan bekas Menteri Besar itu.

Tentang konsesi 20 tahun, menurut beliau, seperti apa yang didakwa oleh oleh Adun Sungai Panjang itu adalah mengarut, sebab syarikat menjalankan projek dimana syarikat ini membina infra iaitu infra yang melibatkan membaik pulih.

"Sebenarnya kita juga maklum bahawa selepas 15 tahun syarikat menjalankan projek ini dan dalam perjanjian MoUnya dengan kerajaan negeri akan menyerahkan semua infra semua kepada kerajaan negeri semula.

"Kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kewangan untuk ambil alih dan sebagainya. MoU yang telah ditandatangani pada 1 Julai yang lalu dan telah pun mendapat komitmen oleh Menteri Besar dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau mencabar Ketua Pembangkang agar dia menghebahkan beberapa syarikat dua ringit yang telah diberikan selama BN memerintah negeri ini

"Saya ada satu perkara dimana dalam isu sains dan teknologi (ICT), kita dapati beliau pernah memberi kepada beberapa buah syarikat dua ringit yang hanya sekadar mendirikan sebuah kehmah dan boleh membuka satu perniagaan yang bertaraf jutaan ringgit untuk membekalkan komputer.

"Kalau dia inginkan, perkara ini akan saya dedahkan dengan lebih lanjut. Jadi jangan bercakap dengan perkara yang tiada fakta, dia perlu tahu terlebih dahulu, apa yang patut dikatakan kemudian perlu berani berdepan dengan kenyataan yang diberikan.

"Saya cabar dia supaya tidak lagi, merapu dalam dewan yang mulia kerana di sini adalah tempat untuk kita berikan kenyataan-kenyataan yang benar dan bukan merapu sahaja," katanya.

Tiada ulasan: