"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dewan termasuk bilik makan dan minum-MB

Saidah Hairan

SHAH ALAM, 13 Julai (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid terkilan dengan peristiwa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mempersoalkan kewibawaan Speaker Dewan Negeri daripada sudut keadilan dan kesaksamaan dalam menjalankan tugas.

Ekoran sikap Khir yang mempersoalkan kewibawaan Speaker dalam menjalankan tugas, beliau telah diarah keluar daripada sidang dewan Negeri ketika sesi perbahasan, pagi tadi.

Menurut Khalid, akibat tindakan itu Khir telah diusir keluar oleh Speaker daripada mengikuti perbahasan sidang dewan Negeri.

Ini berikutan katanya, perkara yang dibangkitkan oleh Adun Sekinchan, Ng Sue Lim di mana peguam Khir Toyo telah menyampaikan surat saman kepada Ng Sue Lim di perkarangan Dewan pada hari Jumaat lalu.

Surat saman tersebut berhubung kenyataan Sue Lim tentang isu banglo Khir yang bernilai RM24 juta di seksyen 7, Shah Alam.

Persoalannya, kata beliau perkara yang dibangkitkan oleh Khir berkenaan `Dewan' itu sebenarnya termasuk perkarangan iaitu semua tempat yang boleh dipanggil `Dewan' negeri termasuk bilik makan dan minum.

Beliau menjelaskan perkara itu dalam sidang media selepas penggulungan peruntukkan tambahan negeri tahun 2009 di sidang dewan Negeri./SH

Tiada ulasan: