"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Majlis Peguam, NGO gesa tubuh suruhanjaya diraja

Majlis Peguam serta 16 NGO menuntut supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teo Beng Hock, 30, yang dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam semalam.

Mereka juga menuntut supaya pengerusi SPRM Datuk Ahmad Said dan semua pegawai SPRM yang menyoal siasat Teo digantung serta-merta sehingga selesai siasatan suruhanjaya diraja tersebut.

Mayat Teo - setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui pada jam 1.30 tengahari semalam, selepas disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: