"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan Rakyat Jelajah Malaysia Bawa Suara Mangsa SPRM

Selepas bermesyuarat selama dua jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur, pimpinan Pakatan Rakyat malam ini mengambil pendirian tegas mempertanggungjawabkan Umno-Barisan Nasional keatas kematian Teoh Beng Hock..
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, bersama-sama Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan bersama berkata Pakatan Rakyat tidak mahu lagi mana-mana anak bangsa Malaysia menjadi mangsa percaturan politik jahat pemerintah.
“Sebelum ini telah banyak kematian berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian Teoh Beng Hock merupakan kemuncak penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat,” tegas Anwar.
Beliau menegaskan kematian Teoh seraya mendedahkan adanya perancangan terperinci Umno-BN untuk menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Anwar berkata Perdana Menteri Najib Abdul Razak bertanggungjawab sepenuhnya memperkudakan SPRM sebagai alat Umno-Barisan Nasional.
“SPRM telah secara berterusan menjalan siasatan dan membuat ancaman keatas pimpinan Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin BN tidak diendahkan,” kata Anwar.
“SPRM seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal-siasat mereka, Satu Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat kematian dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM,” tambahnya lagi.
Anwar mewakili saf pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyeru rakyat untuk turut serta mengutuk kezaliman Umno-BN.
Gagasan pembangkang ini tekad membawa suara mangsa kuda-kuda pemerintah ke segenap Malaysia supaya rakyat insaf dan menghukum Umno-BN.
“Kami percaya rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang ditubuhkan kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara,” kata Anwar.
Hadir sama di sidang akhbar malam ini adalah Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Isa dan Exco Selangor Teresa Kok.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: