"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manohara Tidak Membuat Pembelaan Diri Terhadap Saman

Walaupun hampir sebulan diserahkan writ saman fitnah, isteri dan ibu mertua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, masih tidak memfailkan penyataan pembelaan bagi menjawab pernyataan tuntutan yang dikemukakan anakanda Sultan Kelantan itu.

Peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Fakhry, ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah menyerahkan writ saman itu kepada ibu mentua Tengku Fakhry, Daisy Fajarina dan isterinya Manohara Odelia Pinot melalui Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates, bulan lepas.

Mohd Haaziq berkata Tetuan Fakrul Hisham yang merupakan firma guaman di negara ini, dilantik oleh seorang daripada peguam Daisy dan Manohara daripada Indonesia untuk mewakili kedua-dua mereka dalam kes saman fitnah itu.

Beliau berkata mengikut prosedur, kedua-dua mereka mempunyai tempoh 14 hari untuk memasukkan memorandum kehadiran dan selepas itu 14 hari lagi untuk memasukkan pernyataan pembelaan selepas writ saman diserahkan kepada mereka.

"Bagaimanapun, kedua-dua mereka telah pun memasukkan memorandum kehadiran pada pertengahan Ogos, tetapi sehingga sekarang mereka masih tidak menfailkan pernyataan pembelaan bagi menyangkal pernyataan tuntutan yang dikemukakan Tengku Fakhry," katanya.

Peguam Noor Hisham Abdullah, yang mewakili Daisy dan Manohara, gagal dihubungi kerana masih bercuti Hari Raya.

Pada 20 Julai, putera ketiga Sultan Kelantan itu menfailkan saman fitnah RM105 juta di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, terhadap ibu mentuanya dan isterinya kerana didakwa memfitnahnya dalam sidang media pada April dan Jun lepas.

Saman itu difailkan setelah Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Safarudin Tambi pada hari yang sama membenarkan permohonan Tengku Fakhry selaku plaintif untuk memulakan prosiding saman fitnah itu terhadap Daisy dan Manohara sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Tengku Fakhry mendakwa pihak defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan yang bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual terhadap Manohara, semasa sidang akhbar antara April sehingga Jun lalu.

Plaintif mendakwa pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti
The Jakarta Globe, Banjarmasin Post,Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.

Tengku Fakhry mendakwa "perkataan itu dirancang untuk memperkecil-kecilkan dan mengaibkan saya di kalangan ahli kerabat di raja Kelantan, kerajaan Malaysia dan rakyat jelata."
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: