"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesta seks pagi raya cemari Syawal, syiar Islam

RAUB: Mengaibkan apabila tiga wanita Melayu tergamak mencemarkan 1 Syawal dengan mengadakan kenduri seks bersama 19 lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah kongsi di Felda Krau, dekat sini, Ahad lalu.

Malah, ketiga-tiganya yang sedang ‘beraksi’ tidak sedar diintip dan dikepung apabila diserbu sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Raub (IPD), kira-kira 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman, berkata dalam serbuan itu, polis menahan tiga wanita berusia antara 17 dan 43 tahun.

Beliau berkata, polis difahamkan semua wanita terbabit adalah penduduk tempatan, termasuk seorang gadis berusia 17 tahun yang berhenti sekolah dan mempunyai masalah keluarga.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga wanita terbabit sudah berkurung di rumah itu dua malam berturut-turut untuk melayan nafsu semua warga Bangladesh berusia antara 20 dan 30 tahun.

“Ketiga-tiga wanita terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencari pelanggan bagi maksud persundalan.

“Polis turut menemui beberapa kondom terpakai yang berselerakan di lantai,” katanya, semalam.

Menurutnya, selepas polis memasuki rumah kongsi itu, beberapa warga Bangladesh terbabit cuba melarikan diri, namun mereka gagal kerana kawasan itu sudah dikepung.

“Hasil pemeriksaan, kita mendapati rumah berkenaan dibahagikan kepada beberapa bilik,” katanya.

Beliau berkata, semua warga Bangladesh terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan tidak bermoral itu.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 56 tahun dipercayai ‘bapa ayam’ yang menjadi dalang di sebalik kegiatan haram itu turut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan mana-mana orang bagi tujuan persundalan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 15 tahun, sebatan dan denda.

-hmetro.com.my-

Tiada ulasan: