"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr. Asri: Agenda Tersembunyi? / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Dr_Sabirin_Ehsan
"Saya ingin menulis kembali mengenai YBhg Dr Asri, bekas Mufti Perlis. Terlalu banyak ulasan dan saranan yang saya beranggapan merugikan Islam dan ummat Islam.

Seolah-olah beliau merupakan seoarang penjenayah, pengamal ajaran sesat dan pemikir Islam Liberal. Sedangkan terlalu bayak lagi jenayah yang hanya dijeling oleh JAIS tanpa sebarang tindakan sewajar; ajaran sesat yang berleluasa, rasuah, maksiat, pemimpin zalim, fitnah dan banyak lagi yang hanya dipandang enteng oleh mereka.

Pernahkah Jais memikirkan perlaksanaan Undang-undang Islam sebenar? Adakah enekmen syariah dan hukum syara' yang 'sebenar' berasasan AlQuran dan AsSunnah telah dirangka oleh JAIS? Sudahkah JAIS merangka semua undang-udang perlaksanaan Syariah Islam secara total untuk dibentang kepada EXCO Kerajaan Selangor, Dewan Undangan Negeri dan seterusnya mempersembahkan kepada DYMM Sultan untuk diperkenan dan dilaksanakan? Undang2 Islam yang sebanar? Bukan Zina denda RM1000/=; khalwat RM500/=... Itu bukan undang-undang Islam. Sudahkah JAIS memainkan peranan agresif dan proaktif untuk menjelaskan KEADILAN dan KESAKSAMAAN undang-udang Islam kepada masyarakat bukan Islam dan masyarakat Islam? Sudanhkan JAIS memainkan peranan supaya masjid dan surau di Selangor menjadi institusi tarbiyah yang sebenar dengan program yang penuh padat untuk mendidik ummah kepada Islam? Kalau jawapannya BELUM; saya beranggapan bukan Dr Asri yang wajar ditangkap dan didakwa TETAPI pegawai2 JAISlah yang harus ditangkap dan didakwa kerana tidak menjalankan amanah dan tanggung jawab secara jujur dan beramanah!

Apa yang berlaku kepada Dr Asri juga merupakan penghinaan kepada seorang yang berwibawa, bekas mufti dan pendakwah. Belia hanya 'bertugas' menyampaikan risalah Islam. Beliau hanya memenenuhi tugas sebagai mentaati Rasululah SAW "Sampaikan lah walau satu ayat".! Bagaimana pula JAIS melihat mereka yang punya kelulusan agama tapi TIDOR, MENYEPI dan menjadi PENCACAI kepada kemaksiatan! Bagaimana mereka yang ada bergulung-gulunf ijazah tetapi tidak memenuhi tuntutan dakwah, hanya duduk dikerusi-kerusi empuk dan membiarkan ummat Islam tanpa ilmu pengetahuan dan gelap dari ilmu Islam sebenar. Dr Asri telah mengambil tanggung-jawab itu sebenarnya dari tuan-tuan/puan2!

Tidak habis dengan taburan fitnah jijik tersebut. Beliau di fitnah pula dengan tuduhan memalsukan pula sijil kelulusan beliau? Adakah ini wajar pula? Beliau telah mendapatkan tempat diperingkat Sarjana dan Doktor Falsfah dengan menggunakan sijil berkenaan! Maka pemfitnah turut mempersoalkan kredebiliti institusi tempat beliau melanjutkan pengajian. Pengambilan pelajar siswazah sebenarnya melalui proses yang ketat, dengan semakan keaslian sijil, penyediaan proposal dan sokongan dari sekurang-kurangnya dua orang pengadil rujukan! Kepada pemfitnah sukacita saya nyatakan, ini bukan proses pasar lelong tetapi proses membentu/membina sarjana dan kesarjanaan. Maka, hanya orang yang layak sahaja yang boleh melalui proses ini!

Kalaulah sudah rajin sangat, cubalah pemfitnah menyemak dimana ahli politik dan penjual pelbagai ubatan alternatif yang menggunakan gelar Dr. dan sebagainya. Dimana mereka mendapat Ijazah tersebut. Cuba semak dimana dan bila seorang bekas Timbalan Speaker dan ADUN disalah sebuah kawasan di Selangor mendapat gelaran Dr. Bila beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda? Bila beliau lulus dan dari Universiti mana beliau mendapat ijazah Doktor Falsafah! Adakah ijazah beliau sahih atau "ijazah plastik"? Ini baru berbaloi daripada mempersoalkan sorang yang amal kredibel dari sudut kesarjanaannya!

Oleh itu, saya beranggapan bahawa YBhg. Dr. Asri adalah mangsa keadaan, mangsa kedengkian dan satu usaha untuk memusnahkan kredibel beliau. Ini hanyalah satu proses 'character assassination" (Pembunuh Karektor) oleh 'seseorang' atau 'sekumpulan orang tertentu'.

Tiada ulasan: