"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parti Islam SeMalaysia (PAS): Matang Dalam Berpolitik? / Nizar / PKFZ

Dr_Sabirin_Ehsan

"Telah agak lama saya tidak melontarkan pandangan didalam akhbar online ini. Namun saya mengikuti perkembangan politik terutamanya PAS dengan penuh minat dan diselubungi kebimbangan dan gusar.

Kenyataan yang saya kasihi dan hormati Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS serta kenyataan balas pimpinan PAS yang lain membimbangkan saya.

Saya bimbang kerana sesetengah kenyataan pimpinan PAS saya anggap kurang profesional, tidak matang dan tidak melambangkan PAS sebuah parti nasional yang penuh pengalaman dan telah mengalami tribulasi yang panjang.

Sejak kekalahan 'teruk' di Bagan Pinang, PAS seolah-olah kehilangan arah dan panduan. Pimpinan PAS hanya menuding jari terhadap pengundian POS akibat kekalahan tersebut. Namun PAS tidak mengambil sikap lebih matang menilai mengapa pengundi India, China dan Melayu berpaling tadah selepas Tsunami PRU ke 12?

Anjakan begitu besar dalam PRK Bagan Pinang menggambarkan betapa PAS belum berjaya menawan hati dan jiwa pengundi. Kesempatan ini telah mengilhamkan UMNO/BN menerbitkan satu kriris buatan terhadap PAS ditambah 'molek' lagi bila isu Kerajaan Perpaduan muncul semula dan diikuti tulisan YBhg Pof Aziz Bari serta Tok Guru dijadikan tunggangan oleh mereka.

1. Saya sendiri tidak yakin dari lenggok bahasa dan gaya penulisan didalam blog YAB Tok Guru adalah hasil tulisan beliau sendiri. Saya berasa ada tangan-tangan tertentu di sebalik penulisan tersebut. Namun saya berasa Tok Guru merestui kenyataan tersebut.

2. Tetapi sebagai pimpinan besar dan sebuah parti besar pula, adakah wajar pimpinan PAS seorang demi seorang menjawab didada-dada akhbar perdana yang tidak adil lagi zalim bagi menyelesaikan persoalan dalaman organsasi. Natijah daripada itu UMNO/BN telah mengambil kesempatan melebarkan lagi masalah yang dihadapi dengan sulaman fitnah dan kecelaan.

3. Saya juga bimbang dari apa yang saya dengar mengenai penglibatan orang dikeliling Tok Guru yang cuba mengepung beliau supaya tidak mendapat maklumat sebenar parti. Kepungan ini ada kena mengena dengan anasir jahat UMNO/BN yang mungkin telah berjaya menerobosi kubu PAS dan mereka ini menjadi 'orang Tingkat 4' untuk menjadi penasihat tidak rasmi Tok Guru. Saya tidak pasti siapa mereka. Adakah ia berkaitan dengan menantu atau orang lain maka ia perlu disiasat dan dibenteras serta merta. Kerana anasir inilah yang bakal menyebabkan jatuhnya kerajaan Kelantan kelak!

4. Saya agak gusar blia melihat majalah terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang amat eksklusif, glosi dan anggun. Adakah ini terma rujukan utama PMBK mngeluarkan majalah? PMBK seharusnya menjadi pemangkin ekonomi dan pelaksana projek pembangunan berdaya maju dan berimpak tinggi di Kelantan. Bukan mengeluarkan majalah. Hasil siasatan saya menunjukkan bahawa kerakusan pengurusan PMBK sekarang bakal mencetuskan satu masalah kepada YAB Tok Guru. Penulis berharap pimpinan PAS minta-mintalah supaya Tok Guru memberikan sentuhan kepada PMBK supaya ia tidak akan menjadi pemangkin kejatuhan kerajaan Kelantan.

5. Pimpinan PAS diperingkat mana sekali pun , gunakan lah saluran mesyuarat, syura dan muhasabah dalaman. Pergi kedada akhbar arus perdana bukan menunjukan kita hebat tetapi hanya akan mengundang masalah. Akhbar arus perdana peranan mereka hanyalah untuk memutar belitkan kenyataan anda. Mereka tiada simpati dan belas. Arahan kepada mereka pecahkan PR dan hancurkan kredebiliti pimpinan mereka.

Oleh itu, ambillah jalan yang terbaik dan profesional dalam menyelesaikan sebarang masalah."
-tranungkite.net-

Tiada ulasan: