"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sensasi! UMNO arahkan MCA disiasat / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

dewa
"Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporan yang diketuai Datuk Seri Azmi Khalid mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datuk Paduka OC Phang membabitkan pecah amanah berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Berita Harian melaporkan bahawa gessan sisatan ke atas MCA dibuat oleh PAC. "Jawatankuasa dimaklumkan oleh Peguam Negara bahawa tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Chan Kong Choy, (bekas) Menteri Pengangkutan dan ketiga-tiga surat akujanji yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar LPK (Lembaga Pelabuhan Kelang) secara tersirat atau bersifat jaminan daripada kerajaan yang meletakkan tanggungan ke atas kerajaan untuk memastikan ada peruntukan yang membolehkan LPK memenuhi obligasinya di bawah Perjanjian Pembangunan.

"Oleh itu, siasatan rapi perlu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia/Polis Diraja Malaysia terhadap perkara ini kerana ia dikeluarkan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Tatacara Kewangan 1957," kata laporan itu.

Laporan PAC yang diketuai Datuk Seri Azmi Khalid juga berpendapat, surat akujanji yang dikeluarkan oleh Phang adalah bertentangan dengan keputusan kerajaan kerana semasa meluluskan projek PKFZ, kerajaan telah memutuskan supaya ia dibiayai sendiri oleh LPK.

Sehubungan itu, Phang dan Kementerian Pengangkutan didapati gagal memaklumkan kabinet dengan awal mengenai ketidakupayaan LPK untuk membiayai sendiri projek itu walaupun perkara tersebut telah dibangkitkan dalam laporan-laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan LPK bagi tahun 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007.

Selain itu, mereka juga didapati gagal berunding dengan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi bagi mendapatkan peruntukan bagi membiayai projek itu.

Laporan audit bebas Pricewaterhouse Cooper sebelum ini mengatakan bahawa Malaysia dijangka akan mengalami kerugian sehingga tahun 2041 berikutan skandal RM12 billion PKFEZ ini berikutan interest yang perlu dibayar.

Najib pula lepas tangan sambil mengatakan apa-apa isu berkaitan skandal ini perlulah dirujuk kepada Presiden MCA.

MCA dan MIC lupa bahawa UMNO tidak teragak-agak menikam sesiapa apabila rasa tergugat. MIC ditolak apabila Makhal Sakhti direstui. PAS ditikam selepas kerjasama suatu waktu dahulu. Anwar dicerca selepas hilang jawatan. Mahathir dilayan UMNO sebagai Maha Haprak sewaktu zaman Abdullah Badawi. Pendek kata, semualah kena tikam dengan UMNO nih..

Tiada ulasan: