"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tawaran Kepada YB Di Kelantan, Kahwin Janda Dapat RM 5 Ribu

Md Zulaimi Kazin
www.politikkopijanda .com

Sebagai tand
a sokongan terhadap cadangan YB Wan Ubaidah (Exco Kelantan) semasa perbahasan di sidang DUN Kelantan baru-baru ini, Janda Product Marketing selaku pengeluar dan pengedar produk Kopi JANDA menawarkan hadiah RM5,000 kepada ahli Yang Berhormat di Kelantan yang berkahwin dengan janda dalam negeri Kelantan.

Kami cukup gembira dengan saranan ini kerana dari sudut Islam, sesiapa yang ingin berpoligami digalakkan mengahwini janda. Wan Ubaidah yang juga pengerusi jawatankuasa wanita, keluarga dan kesihatan Kelantan memberitahu sidang DUN, bahawa langkah itu dapat membantu ibu tunggal di bawah usia 60 tahun di negeri itu, yang kini lebih 16,500 orang.

Kami harap perkara ini dipandang serius dan jangan ada mana-mana pertubuhan NGO yang cuba mempertikaikan cadangan yang baik ini termasuk dari Pergerakan Wanita MCA. Kenyataan Datin Paduka Chew Mei Fun yang dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini adalah tidak tepat.

Anugerah yang dicadangkan oleh YB Wan Ubaidah adalah sebagai satu simbol menggalakkan lelaki yang ingin berpoligami supaya memilih janda.

Kenyataan Ketua Wanita MCA yang menyatakan usaha ini tidak membantu bahkan lebih mewujudkan banyak penyakit baru hanyalah andaian beliau sahaja sedangkan sesiapa yang memilih janda untuk tujuan poligami adalah untuk membela nasib janda dan anak-anak mereka, secara tidak langsung lelaki yang mengahwini janda telah memainkan tanggungjawab sosial.

Jangan usaha ini seolah-olah kita melangkah ke belakang. Apa kajian yang wanita MCA telah buat sehingga mudah mengeluarkan andaian yang cukup prejudis ini?

Tetapi kita harap lelaki yang ingin bepoligami ini mestilah mampu dari segi kewangan dan kepimpinan agar janda dan anak-anaknya betul-betul terbela.

Sekali lagi Kopi JANDA ingin tegaskan hadiah RM5,000 kepada wakil rakyat di Kelantan yang menyahut cabaran Ecxo tersebut dan mana-mana wakil rakyat yang berminat atau berhasrat menyahut cabaran tersebut boleh hubungi saya di talian 017-5353007 (Zulaimi).

Tiada ulasan: