"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cikgu Bard dibebaskan dengan jaminan polis

Bard dibebaskan dengan jaminan polis hampir jam 12 tadi.

Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard ditahan di pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban ketika hendak mempengerusikan mesyuarat PKR cabang Rembau kira-kira jam 9 malam pada Jumaat.

“Baru nak pengerusikan mesyuarat cabang Rembau, sekumpulan 15 orang angggota polis serbu dan ambil Chegubard, ditahan dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban,” tulisnya dalam laman blog mikro Twitter.

Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya juga menulis bahawa rumahnya di Bukit Chedang, Seremban digeledah polis selepas beliau ditahan.

Beliau memberitahu dibawa sekali ketika operasi itu dijalankan.Polis kemudian merakamkan kenyataannya di IPD berkenaan.

Katanya, pihak berkuasa memberitahunya, beliau disiasat bawah akta hasutan kerana terdapat beberapa laporan polis dibuat terhadapnya dan ekoran kenyataannya di blog dan pentas ceramah.

“Saya ditunjukkan dan disoal berkaitan artikel di blog, antaranya berkaitan Altantuya dan raja.
"Warkah Terbuka Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong : 'Hepi Besday, Sir!' bertarikh 10 Jun 2010.

"Ya, saya mengaku saya yang tulis,” katanya.

Ditanya tentang penggeledahan rumahnya oleh pihak polis, Badrul yang juga jurucakap NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata:

“Saya juga tidak jelas apa yang mereka (polis) cari. Tiada apa-apa diambil. Cuma polis mengambil gambar ruang kerja saya di rumah.”

Tiada ulasan: