"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peguam Kesal Polis Panggil Azzamudin Buat Kawad

Sportlight
SHAH ALAM 7 Jul: Peguam Azzamudin Omar, rakan kepada Aminulrasyid Amzah, remaja 14 tahun yang mati ditembak polis 27 April lalu kesal dengan tindakan polis yang memanggil anak guam membuat kawad cam secara tergesa-gesa di Ibupejabat Polis Daerah Seksyen 11, Shah Alam petang semalam.

Farhana Abdul Halim yang mewakili Azzamudin dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Monaliza Mokhtar yang ditemui media bersama Azzamudin di perkarangan ibupejabat polis berkata pihaknya hanya diberitahu secara tiba-tiba dan kawad cam telah pun dijalankan.

"Kita sangat tidak berpuas hati kerana Azzamudin dipanggil dalam waktu yang singkat tanpa sempat memaklumkan kepada peguam.

"Azzamudin telah dimarahi oleh salah seorang pegawai polis untuk mempercepatkan proses kawad cam itu malahan beliau dibuat seperti seorang pesalah.

"Cara mereka mengadakan kawad cam itu adalah amat tidak profesional langsung dan beliau ditakut-takutkan dengan cara yang sangat tidak beretika," ujar Farhana.

Katanya lagi, pihaknya sememangnya menjangkakan Azzamudin tidak akan dapat mengecam kerana kejadian tersebut berlaku dalam keadaan yang amat pantas dan gelap,

Kata Farhana sudah tentu keadaan ini menyukarkan Azzamudin untuk membuat pengecaman sama ada polis yang memukulnya itu berpakaian seragam atau tidak.

"Kawad cam ini adalah daripada laporan polis pada 26 Mei lalu yang mana Azzamudin membuat laporan berhubung beliau dipukul semasa arwah Aminulrasyid mati ditembak polis.

"Proses itu dijalankan oleh pegawai polis, ASP Shanmugam daripada Ibupejabat Polis Bukit Aman,"

Dalam pada itu, bapa Azzamudin, Omar yang juga merupakan pegawai polis dari ibu pejabat polis yang sama melarang anaknya menemui media selepas kawad cam itu dengan alasan tidak mahu media memainkan isu tersebut kerana beliau baru sahaja 'selesa' untuk bekerja.

Tiada ulasan: