"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Forum Judi, Yahudi dan Umno Sesat? esok

Ismail Hashim
SHAH ALAM, 10 Julai:
Satu forum Israk Mikraj akan membicarakan isu semasa yang sedang mencengkam umat dewasa ini bertajuk ‘Judi, Yahudi dan Umno Sesat?’ akan diadakan esok, 11 Julai di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Shah Alam, Abdul Halim majlis bermula jam 7.45 malam itu akan dibarisi oleh panelis; Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Pemuda PAS Terengganu yang juga Adun Bukit Payong dan Exco DPPP, Ustaz Ridwan Mohd Nor selaku moderator.

Beliau berkata, kemelut dihadapi umat sangat membarah dewasa ini hingga seakan tiada penawar mujarab boleh diberikan kepada mereka kerana keengganan mereka mendengar penjelasan tepat dari tokoh berwibawa.

“Justeru dengan menghadiri forum yang dipenuhi kupasan dan tafsiran tentang Israk Mikraj yang berkait rapat dengan jahiliah moden sekarang ini, diharapkan dapat mengubati penyakit masyarakat masa kini," jelasnya.

Tiada ulasan: