"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM Soal- Siasat Lima Ahli Majlis Hulu S'gor

Lima bekas ahli majlis perbandaran tempatan Hulu Selangor hari ini diarah ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan.

Ia dipercayai berhubung penubuhan dan pengurusan sebuah galeri seni di Kuala Kubu Bharu.

Menurut ahli majl
is, Chua Yee Ling, empat rakannya berada di pejabat SPRM di Shah Alam pada jam 11.30 pagi ini bagi merakamkan kenyataan mereka.

"Seorang lagi tidak dapat hadir kerana berada di India,” katanya.

Menurut Chua, mereka tidak ditemani sebarang peguam kerana kesuntukan masa untuk membuat sebarang persiapan. Ini kerana pegawai SPRM hanya memaklumkan soal-siasat hari ini pada petang semalam.

Mereka juga tidak diberitahu berhubung perkara yang ingin disiasat sehingga pagi ini.

Kelima-lima mereka adalah kumpulan ahli majlis Hulu Selangor yang pertama dilantik selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 2008.

Tempoh perkhidmatan mereka berakhir Rabu lalu dan sehingga ini belum dapat dipastikan sama ada mereka akan dikekalkan. Perlantikan ahli majlis baru dijadual diumumkan hari ini dan tempoh perkhidmatan mereka pula akan berakhir pada 31 Disember tahun depan.

Tiada ulasan: