"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PDRM Perlu Dedah Laporan Penuh Perompak Ditembak Mati

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendesak pihak polis menjelaskan kejadian tembak menembak empat perompak di kediaman Exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat 5 Julai lalu didedahkan secara lebih terperinci.

Beliau berkata pihak polis tidak menceritakan bagaimana penjenayah tersebut ditembak mati dan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila penemuan empat butir peluru dari rumah Exco berkenaan turut dapat dikembalikan.

“Pertama sekali polis belum menjelaskan keadaan bagaimana penjenayah ini ditembak mati.Siapakah mereka, adakah merupakan satu desakan dan satu keperluan, untuk membunuh ke empat-empat orang.

“Saya percaya tidak ada orang yang melarikan diri, tidak ada survivor dalam kejadian ini, ke empat-empatnya semua ditembak mati dan kita hendak tahu apa senjata yang mereka pakai dan kenapa perlunya membunuh semua.

"Kita rasa pelik, kenapa perlunya perompak curi peluru dan akhirnya dapat dikembalikan. Ini satu cerita yang sangat pelik sekali," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang apabila merujuk jawapan bertulis yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di parlimen mencatatkan jumlah orang awam yang ditembak mati oleh anggota polis meningkat daripada 9 orang kepada 88 orang pada tahun lalu.

“Saya juga ingin memetik statistik rasmi yang dijawap oleh KDN dalam Dewan, pada 2005, 9 orang ditembak mati dalam insiden polis, 2006, 16 orang ditembak mati, 2007, 13 orang, 2008 82 orang dan 2009 88 orang, untuk tahun ini kita belum ada statistic tahun ini,” katanya.

Tiada ulasan: