"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Galas: Jangan lupa Dun Kota Siputeh

Harakahdaily
TEMERLOH, 29 Sept: Dikala tumpuan kini terarah ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas di Kelantan, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mahu perhatian wajar juga diberikan kepada kes Dun Kota Siputeh.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi tekanan kepada Mahkamah Rayuan agar segera membuat keputusan berhubung status kerusi Dun tersebut.


Menurutnya, adalah tidak kerusi Dun itu ditinggalkan kosong begitu lama iaitu hampir lapan bulan tanpa sebarang keputusan.


"Orang-orang di Kota Seputih telah ditinggalkan tanpa wakil rakyat mereka," katanya.


Pertikaian berkenaan status kerusi Dun itu timbul apabila wakil rakyatnya, Abu Hassan Sarip tidah hadir ke parsidangan Dun dua kali berturut-turut.


Tindakan itu didakwa telah melanggar Perkara 51 Undang-undang Tubuh negeri Kedah dan mendorong Yang Dipertua Dun, Dr Abdul Isa Ismail menghalang Abu Hassan menghadiri Sidang Dun pembetangan bajet November lalu.

Tiada ulasan: