"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Gergasi pro-kebebasan media sudah bangkit'

Sebaris komen dalam laman blog - yang bertanyakan sama ada Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia masih 'hidup' - memberikan tamparan hebat kepada presiden barunya Hata Wahari, menyebabkan "regim baru" itu bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan kebebasan media.
NONE"(Tulisnya) NUJ telah mati mati lama dahulu. Itu yang menyentuh perasaan saya. 

"Dan saya balas, saya tak kenal siapa penulisnya, memang NUJ telah telah mati 12 tahun lepas, 13 tahun lepas, tetapi saya sempat menyelamatkan semangat NUJ pada tahun 80-an untuk dihidupkan semula. 

"Dan saya cakap dengan dia, lihatlah gergasi baru bangun tidur. Bila dia bangun tidur, dia makan apa saja," kata Hata (
kanan) yang mendakwa telah lama memendam rasa "terlampau kecewa".

Dalam wawancaranya dengan 
Malaysiakini semalam, wartawan Utusan Malaysia selama 15 tahun itu menafikan wadah perjuangan NUJ yang lantang memperjuangkan kebebasan seperti sekitar tahun 80-an telah padam.

"Ia sebenarnya tersimpan dalam sebuah peti, berkunci. Dan peti itu terletak di negeri Maghribi," katanya berseloroh.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: