"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ku Li terjerat, ditelan mati mak diluah mati bapak




KUALA LUMPUR, 29 Sept: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno hari ini.
“Dengan restu Presiden (Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak), saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN.
Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.
Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.
“Saya yakin peluang kita untuk meraih kemenangan adalah lebih cerah,” kata Muhyiddin.
-Bernama-

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

kalu dah camtu Ku Li kenalah ambil pendekatan Agama untuk membuat keputusan... itulah jalan yang lebih afdal dan dapat pahala... rasanya Ku Li dah banyak pengalaman dan mampu membuat keputusan yang bijak untuk di dunia dan akhirat. yang sudah tu sudahlah... bukan masuk syurga kalu dok taat sangat dengan umgok tu... lagi sesat tu adalah... tetapi dalam hal ini kadadang kala terpulang kepada keimanan seseorang itu... kadang2 nampak bijak tetapi... ada jogak BODDO nya tu...