"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Semasa, Tempatan Tumpuan Pengundi DUN Galas

KOTA BAHARU 28 Sept: Penasihat jentera pilihan raya Pas Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata isu semasa dan sentimen tempatan dijangka menjadi tumpuan pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas yang bakal diadakan berikutan kematian wakil rakyat di situ Che Hashim Che Sulaima semalam.

Katanya kemenangan Pas pada pilihan raya umum sebelum inipun banyak bergantung kepada kedua-dua isu itu.

"Sebab itu, kita menganggap pilihan raya kecil kali ini adalah suatu medan ujian penting kepada Pas dan Barisan Nasional," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Che Hashim, 46, daripada Pas, meninggal dunia akibat sakit barah usus di Hospital Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Wan Abdul Rahim berkata sentimen setempat di Galas berdasarkan kepada komposisi pengundi kerana kawasan itu mempunyai ramai pengundi daripada kalangan Orang Asli.
-Bernama-

Tiada ulasan: