"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr M & Lee Kuan Yew Masuk Hospital

MELBOURNE, 2 OKT: Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam tadi bagi rawatan "batuk dan selesema".

Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth.

Dalam jawapan melalui SMS, pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.

Mengikut Bernama, Dr Mahathir, 85, tiba di sini beberapa hari lepas untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne hari ini.

Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?" (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan).

Reuters pula melapor, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dimasukkan ke Hospital Besar Singapura hari ini, dua hari selepas dirawat kerana jangkitan paru-paru berikutan rebah Isnin lalu.

Laporan itu menyebut paparan gambar yang keluarkan pejabat beliau menunjukkan Kuan Yew dalam keadaan stabil.

Tiada ulasan: