"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DUN Galas: Saya belum buat apa-apa keputusan, kata Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah
KUALA LUMPUR, 1 Okt: Tengku Razaleigh Hamzah masih belum membuat sebarang pendirian berhubung keputusan Umno yang melantik beliau sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Ketua Umno Gua Musang itu berkata, beliau hanya akan menjelaskan isu tersebut sebaik sahaja pulang ke tanah air minggu depan.
Tengku Razaleigh dijadual kembali dari London 9 Oktober ini dan akan mengadakan sidang akhbar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil pada mesyuarat khas, Rabu depan.

“Kawan-kawan, saya tidak kata ya atau tidak. Saya akan menjelaskan mengenai (DUN) Galas sebaik sahaja saya balik ke Malaysia,” kata beliau menerusi Twitter lewat petang ini.

Tengku Razaleigh memberikan respons ini sejurus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau adalah calon terbaik untuk merampas kerusi itu daripada PAS.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Ku Li memenangi kerusi Gua Musang sejak 1969 termasuk pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, yang ditandingi atas tiket Parti Melayu Semangat 46.

Dalam pada itu, Umno Bahagian Gua Musang mahu Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya kecil Galas.

Timbalan ketuanya, Mat Yusoff Abdul Ghani berkata Tengku Razaleigh adalah pilihan terbaik untuk merampas semula kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS.

“Tengku Razaleigh adalah pilihan terbaik sebagai calon di pilihan raya kecil Galas.

“Ini kerana beliau mempunyai reputasi yang baik selain dihormati oleh banyak pihak.

“Jadi saya mewakili Umno Bahagian Gua Musang bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang mahu mempertimbangkan Tengku Razaleigh sebagai calon DUN,” katanya kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Mat Yusoff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri berkata, jika Tengku Razaleigh dipilih peluang untuk menang di DUN Galas lebih besar.
“Saya yakin kalau beliau dipilih sebagai calon, Umno akan menang di sini (Galas).

“Walaupun kita mempunyai ramai calon yang berkelayakan tapi Tengku Razaleigh adalah calon terbaik untuk kita rampas semula DUN Galas,” katanya....
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: