"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Status ‘Anak VIP’ Bukan Lesen Utk Berparti Liar

Nama anak-anak VIP muncul dalam satu artikel di satu laman tentang parti liar yang diadakan di sebuah hotel terkemuka. Berita tentang parti itu juga disiarkan oleh akhbar harian. Saya tidak tahu anak siapa yang terlibat. Tapi kalau search dalam internet, ketemu beberapa wajah anak pak menteri dikelilingi betina. 

Merekakah yang hadir parti itu? Saya tak mahu menunjukkan gambar muka anak-anak muda itu di sini. Meluat dan benci dengan gaya hidup berpoya-poya seperti itu. Betina dipeluk macam isteri. Kanan kiri penuh. Tak tahulah bapa-bapa mereka macamana tengok anak-anak sendiri.

Kalau nak tengok muka,  search lah sendiri. Gambar itu mungkin gambar lama, tetapi itulah sebahagian kehidupan mereka. Sekarang zaman langit terbuka, tiada apa yang boleh disorok. Semua yang dibuka akan terbuka. Kalaupun di dunia sengaja ditutup, ia tetap terbuka di depan Allah nanti.
Mungkin pak menteri sibuk jaga negara, hingga tak sempat jaga anak. Atau memang tak sedia didik anak, tak cakna anak dan kehidupan sendiri demikian. Bapa borek anak rintik.

Cuma yang dikatakan parti liar tu, setakat mana liarnya? Apa yang dibuat sebenarnya? Anak VIP mana yang terlibat? Benarkah si fulan si fulan itu yang terlibat?

Apapun, fenomena sebegini tidak boleh dibiarkan. Badan berwajib mesti ambil tindakan. Status ‘anak VIP’ bukanlah lesen besar untuk mereka melakukan apa sahaja sesuka hati, oops sesuka NAFSU. Kalau rasa hebat sangat, cuba jadikan diri VIP di Akhirat nanti.

Tiada ulasan: