"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keng Yaik sudah tua sudah 'Tidak Boleh Pakai' ma

KUALA LUMPUR 6 OKT: Parti Gerakan Wilayah Persekutuan menganggap apa jua dakwaan bekas presiden Tun Dr Lim Keng Yaik terhadap kepimpinan penggantinya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai tidak wajar dan tidak mengikut perkembangan semasa.

Bendaharinya Alan Chan Fui Gan hari ini berkata kemungkinan Lim semakin berusia dan nasihatnya "tidak boleh diguna pakai lagi".

"Saya rasa Tun Lim sudah tua, mungkin cara beliau tak boleh diguna pakai lagi," katanya pada satu sidang akhbar yang turut dihadiri anggota-anggota
Jawatankuasa Perhubungan Negeri Gerakan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Lim meletak jawatan sebagai penasihat parti dan mengecam kepimpinan Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Chan berkata pemimpin atasan sememangnya bertanya pendapat dan nasihat daripada Lim tetapi tidak semestinya kesemua nasihat itu perlu diambil dan diikuti sebaliknya perlu dinilai terlebih dahulu.

Setiausaha Gerakan Wilayah Persekutuan Dr Wong Ruen Yuan pula berkata Gerakan Wilayah Persekutuan menyokong penuh kepimpinan Koh kerana telah memberi peluang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin yang berdedikasi di bawah kepimpinannya.

"Sebelum dia jadi presiden parti, mesyuarat bulanan hanya dua bulan sekali tetapi sekarang di bawah kepimpinannya, setiap bulan kami ada mesyuarat," katanya.

Mengenai krtikan Lim terhadap Koh kerana memilih menghadiri perasmian mesyuarat agung MCA daripada menghadiri mesyuarat agung luar biasa Gerakan Pulau Pinang yang membincangkan isu kepimpinan parti di negeri itu, Wong berkata Koh mungkin ada sebab-sebab tertentu berbuat demikian.

"Dr Koh bukannya takut untuk (pergi) seperti mana Dr Lim kata. Ini bukan soal takut tapi soal menghormati mesyuarat tersebut," katanya.

Tiada ulasan: