"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kali Ni Kita Menang ?

Zolkharnain Abidin
Hari Ahad lepas, saya hadir ke majlis rumah terbuka PAS kawasan DUN Pauh dalam kawasan parlimen Arau. ADUN Pauh adalah adinda kepada kepada Raja Perlis sekarang. Beliau juga adalah exco kerajaan negeri.

Sambutannya bagus juga. Kaum Tionghua turut tunjuk muka. Majlis ini diadakan di kawasan awam dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan.“Kalau zaman Shahidan jadi MB, jangan harap kita dapat buat majlis ini di sini,” kata seorang rakan penganjur kepada saya.

“Mat Isa buka lagu Shahidan. Dia bagus,” kata seorang lagi.
Faktor kehadiran kaum Tionghua dan kejayaan mengadakan majlis di tempat awam mendorong banyak orang pada hari itu berbual soal menang.

“Kali ini boleh kat kita. Dulu kita kalah pasai Cina tak sokong kita. La ni tengok, depa tak takut dah nak sokong kita,” hujah seorang lelaki separuh usia.
“Depa buat isu apa pun, isu doa, isu duit judi, semua jerut lehek depa balik. Orang tak percaya dah dekat depa,” ceramahnya lagi.

“Dulu-dulu kita ukur sokongan orang kepada kita dengan kehadiran orang ke majlis ceramah. Tapi, dengan ukuran itu kita kalah juga,” sanggah saya.

“La ni kita nak ukur dengan majlis hari raya pula. Saya takut jadi macam dulu-dulu jugak,” sanggah saya.

Dia terus diam. Saya tidak berhasrat mematahkan semangatnya tetapi sekadar untuk mengajaknya berfikir.

“Kalau kita macam Kelantan kita memang boleh menang. Depa bukan agak-agak tapi depa bekerja dengan data dan angka. Depa ada strategi menarik, mengajak, memujuk yang sangat berkesan. Depa juga ada strategi menyerang yang mantap. Depa ada ramai jeneral, kapten dan askar. Kalau kita nak menang, kita kena buat lagu Kelantan,” saya menyambung hujah.

Lelaki separuh umur itu terus terdiam. Mungkin dia tidak menyangka saya akan menyanggah hujahnya.
“Pasai apa Umno terus membangkitkan isu-isu bodoh macam isu doa dan isu duit judi tadi? Umno pun tahu isu itu bodoh sahaja, tetapi dia tetap lontarkan sebagai isu.”
“Itu maknanya isu-isu bodoh itu ada kesan dan pengaruh tersendiri. Mungkin isu itu sukar mempengaruhi bukan orang Umno tetapi sekurang-kurangnya mempertahankan sokongan orang Umno kepada Umno,” saya bersyarah lagi.

Akhirnya majlis ‘ceramah mini’ sempena rumah terbuka PAS DUN Pauh pun bubar. Ada yang senyum puas dengan hujah saya.

“Betul, kita ni dok syok sendiri kata orang nak undi kita. Betul ka?,” tingkah seorang sahabat yang lain sebelum dia angkat kaki sambil menghulur tangan untuk salam perpisahan.

Saya yakin Umno akan terus mempertaruhkan adinda kepada Raja Perlis pada PRU akan datang. Beliau adalah aset mereka.

Kalau Umno sedia untuk meletakkan Tengku Razaleigh sampai ke tahap sebagai calon di DUN Galas demi kuasanya, tentu itu adalah mudah sahaja bagi Umno Perlis.

Kalau Umno terus meletakkan adinda Raja Perlis di DUN Pauh dalam PRU akan datang, bolehkah PR menang di DUN Pauh?

Adakah orang Tionghua akan mengundi calon lain selain adinda Raja Perlis itu walau pun mereka hadir ke majlis rumah terbuka PAS?

Terkini, adakah kekuatan PKR, DAP dan PAS setanding kekuatan BN di situ?
Namun, nak berangan-angan tidak salah. Cuma jangan jadi Mat Jenin sudah.

Tiada ulasan: