"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakai kasut tumit tinggi haram?

DR UZTAZAH ASIAH ALI
SOALAN:
Saya ada terdengar, hukum memakai kasut tumit tinggi adalah haram. Pengharamannya kerana dikhuatiri menarik perhatian lelaki. Kami di sesetengah jabatan kerajaan tidak dibenarkan memakai kasut biasa. Minta Ustazah perjelaskan.

JAWAPAN:
Hukum memakai kasut tumit tinggi adalah harus. Namun demikian, jika pemakai kasut tumit tinggi menarik perhatian lelaki bukan mahram akibat bunyi yang kuat semasa berjalan, maka elakkanlah daripada memakainya kerana berjaya menarik perhatian lelaki bukan mahram. Hal ini boleh menimbulkan fitnah dan juga mendekatkan kepada maksiat. Merujuk kepada Firman Allah Bermaksud:

“... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dariPADA perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya.” (Surah An-Nur : Ayat 31)

Tiada ulasan: