"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua Pilihan Mungkin Dilakukan Anwar

Tranungkite

Facebooker pro Tan Sri Khalid Ibrahim, archidea.cronixx meletakkan dua kaedah yang bakal dilakukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan krisis politik Selangor.


Pertamanya, mengarahkan barisan peguamnya untuk menyaman Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu tersebut.

“Anwar Ibrahim baru sahaja mengarahkan beberapa peguam dalaman PKR beliau untuk mengambil tindakan susulan mahkamah menghentikan dan membatalkan hak-kuasa Sultan Selangor keatas Perlantikan Tuanku Sultan keatas Jawatan Menteri Besar Negeri Selangor.

“Dalam waktu yang sama menzahirkan kononnya ingin menerima dan berdamai dengan Tan Sri Khalid agar dilihat kononnya Rakyat dan ahli PKR akan bersangka baik terhadap beliau TETAPI dalam waktu yang sama mengarahkan para peguam PKR menjustifikasikan satu saranan undang-undang agar Tuanku Sultan Selangor disamam dan tidak menggunakan hak imuniti Baginda sebagai Tuanku Sultan.

“Dan Anwar ni arahkan PKR dan Pakatan Rakyat yang ambil tindakan susulan kes ni ke mahkamah

“Dia akan berpura-pura kononnya tak tahu-menahu,” dedah archidea.cronixx

Keduanya, Khalid dipujuk semula menyertai PKR dan dikekalkan sebagai MB Selangor.

Archidea.cronixx yang memetik sumber bnbbc.my mendedahkan terdapat satu usaha yang diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang memujuk Khalid agar kembali kepada PKR.

“Itu cerita panas sejak semalam apabila PKR dikatakan semakin buntu mencari penyelesaian kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan khuatir Adun PAS yang akan mendapat perkenan Sultan Selangor menggantikan Khalid.

“Sumber rapat dengan Khalid memberitahu, Presiden PKR itu mahu Khalid yang dipecat dari parti bulan lalu kembali kepada PKR dan kekal sebagai Menteri Besar.

“Khalid bagaimanapun tidak merayu pemecatannya itu.

“Wan Azizah dikatakan menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden parti hubungan rapat beliau dengan Khalid sebelum ini untuk memujuk Adun Bebas Pelabuhan Klang itu.

“Selain khuatir Adun PAS dilantik menteri besar, Wan Azizah dikatakan turut bimbang kemungkinan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali dan beberapa Adun parti itu akan menyokong calon PAS sebagai menteri besar selepas perkenan Sultan Selangor.

“Difahamkan, tiga Adun PKR yang diketahui rapat dengan Azmin bersedia memberikan sokongan kepada Adun PAS jika dilantik sebagai menteri besar,” lapor portal itu.

Wan Azizah dilaporkan juga turut khuatir jika Azmin sendiri akan dilantik sebagai Menteri Besar.

The Malaysian Insider melaporkan Dewan Ulama ‎PAS hari ini menegaskan bahawa mereka mahu Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana percaya beliau tidak bersalah atas tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Ketua Dewan PAS Ulama Datuk Ahmad Yaakub turut memberi dua alasan mengapa PAS tidak boleh bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu Khalid digantikan dengan Wan Azizah.

Ahmad berkata Wan Azizah tidak sesuai menjadi menteri besar dan menegaskan “Langkah Kajang” untuk meletakkan beliau sebagai menteri besar adalah membazirkan duit rakyat.

Sumber Link

1 ulasan:

Unknown berkata...

Boleh caya ker ..... haha haha !