"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jangan terlalu kagum dengan Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi, mengingatkan Ahli PAS supaya tidak terlalu kagum dengan kepemimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengenepikan pucuk pimpinan parti itu SERTA dasar perjuangan Islam yang didukung selama ini.

“Keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor adalah manifestasi daripada kekecewaan terhadap kepemimpinan Anwar yang meminggirkan rakan komponen Pakatan.

“Pengalaman pucuk pimpinan PAS menentang Barisan Nasional cukup hebat berbanding Ketua Umum PKR itu selain amat mengenali perangai Anwar,” katanya.

Dalam pada itu, Dewan Ulama PAS diminta meneliti sama ada kerjasama politik parti itu dalam pakatan pembangkang perlu diteruskan atau tidak demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti.

Menurutnya, PAS perlu mengambil penyelesaian terakhir keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.
-freemalaysiatoday-

Tiada ulasan: