"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa yang dikatakan oleh Nik Amar ini mengesahkan 'DAP anti Islam' cuma wayang saja

Pas tak gaduh dengan DAP

KUALA KRAI: Pas tidak bergaduh dengan DAP, sebaliknya hanya memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan parti itu selepas kedua-duanya dilihat tidak sehaluan dalam pelbagai isu.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, selepas kerjasama politik kedua-dua parti politik itu berakhir, beliau tidak menafikan terdapat serangan berhubung isu tertentu.
"Serang menyerang itu perkara biasa selepas hubungan terlerai, tetapi saya nasihatkan DAP supaya mengawal diri dan tidak menyerang Pas dan kepimpinan parti.

"DAP tidak boleh kawal diri, dia serang parti, minta putuskan hubungan dengan presiden parti dan kita hanya mengambil sikap memberikan reaksi kepada cadangan DAP supaya menukar presiden," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Kerja dan Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah, Bayaran Dividen Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Bantuan Persekolahan kepada Pelajar YIK di Masjid Peria di sini, petang kelmarin.

Menurut laporan akhbar semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menjelaskan ‘bosan' dengan hubungan antara DAP dan Pas selepas kedua-duanya berpecah dan bakal menjejaskan sokongan pengundi kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden Pas itu mengakui sedar akan perpecahan antara kedua parti berkenaan tidak menguntungkan kedua-dua belah pihak dan sudah dimaklumkan pada peringkat awal lagi.

Beliau berkata, apabila timbul isu hudud misalnya beliau meminta supaya diselesaikan secara bijaksana.

Mohd Amar turut menjelaskan hubungan parti itu dengan PKR dan Menteri Besar Selangor tidak ada masalah dan berjalan lancar.

1 ulasan:

Unknown berkata...

hhaa i dah nampak wayang nik amar.. yg ini:-

"DAP tidak boleh kawal diri, dia serang parti, minta putuskan hubungan dengan presiden parti dan kita hanya mengambil sikap memberikan reaksi kepada cadangan DAP supaya menukar presiden," katanya.

mana ada DAP serang parti.... DAP putus hubungan dgn presiden saja BUKAN parti. ini bkn kerana isu hudud tp lebih kpd perangai presideng yg suka u turn dan tidak menepati janji dan ponteng majlis presiden. takmo bersemuka berbincang sedangkan ia dianjur agama.

DAP dh penat melayan kerenah preiden yg memeningkan sesama PR.

yg putus dgn DAP adalah PAS.

takde gaduh pun.. tp yg byk melabel buruk adalah PAS. malah melabel mat sabu sebagai calon lilihan DAP. fitnah aje kerja hadi ini. sebb dh termalu dn utk halalkan ponteng majlis presiden.

takde lagi kita dengan DAP label PAS apa2.

DAP hanyalah alat belasahan PAS. yg sebenar hadi benci pada anwar kerana anwar lebih dominan utk memimpin PR. anwar seperti juga progreisf yg byk idea dn bijak berpolitik. ini yg hadi kata anwarinas.

hadi kata tiada progresif senang PAS nk buat keputusan. keputusan apa? keputusan menyokong umno?