"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon PM: Kenapa mesti Anwar Ibrahim?

Danial Ghani

Beberapa hari yang lalu, lahir satu pakatan pembangkang yang baru yang bernama Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur beberapa bulan lepas. Bezanya, koalisi pembangkang ini turut diisi parti baru iaitu Parti Amanah Negara yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS.

Sekali lagi pakatan pembangkang meletakkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya berjaya menumbangkan parti pemerintah pada PRU 14 akan datang.

Persoalannya disini, kenapa mesti Anwar? apakah pakatan pembangkang sudah ketandusan pemimpin sehingga meletakkan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara selama 5 tahun sebagai calon Perdana Menteri? seolah-olah kuota untuk menjadi Perdana Menteri hanya terbatas kepada Anwar seorang. PRU 14 pastinya akan berlaku ketika Anwar berada di penjara. Lantas bagaimana untuk melantikkan seorang yang berada di penjara sebagai Perdana Menteri ?

Pakatan Harapan pasti ada memikirkan percubaan untuk membebaskan Anwar andai mereka berjaya memenangi PRU 14. Dan semestinya proses untuk membebaskan beliau pasti akan mengambil masa. Siapa yang akan mengisi kekosongan kerusi Perdana Menteri sementara proses pembebasan beliau dilakukan ? sepatutnya pakatan pembangkang harus meletakkan lebih ramai calon untuk dipilih sebagai Perdana Menteri supaya andai percubaan untuk membebaskan Anwar gagal, mereka tidak akan rungsing memikirkan siapa yang perlu dilantik sebagai Perdana Menteri. Tambahan pula, dengan meletakkan ramai calon selain Anwar, ini akan menyakinkan rakyat pakatan pembangkang mempunyai ramai calon yang mempunyai kesesuaian dan karisma untuk memerintah negara.

Isu pemilihan Perdana Menteri bukan remeh. Saya tidak menyangkal karisma Anwar, ditambah pula dengan pengalaman beliau sewaktu dalam kerajaan dahulu, tapi sudahlah. Pakatan pembangkang seolah-olah tidak habis lagi meratap dengan kehilangan Anwar.

Pakatan pembangkang perlu fikir ke hadapan dalam isu ini. Pakatan pembangkang perlu memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemimpin lama.

Rakyat perlukan pemimpin yang segar dengan idealisme yang baru bukan pemimpin yang mengulangi retorik-retorik lama yang sudah basi tidak kisahlah pemimpin dari blok kerajaan mahupun blok pembangkang.

Ini bukan bermakna kita melupakan jasa dan semangat perjuangan Anwar, tetapi kita harus faham, negara ini milik rakyat bukan milik beberapa kerat pemimpin. Pakatan Harapan, move on lah.
-detikdaily-

3 ulasan:

Unknown berkata...

Brader, bagi menang dulu baru bincang. Jgn pamer pembangkang Msia gila babi, biar umno & pas saja yg gila. Ader faham?

mohamad berkata...

Pegawai kerajaan dan ramai saksi akan tampil, dsai dibicarakan semula, konspirator akan dikejar hingga lubang cacing. Kebenaran akan terserlah, jawatan pm akan diserah pd dsai.

Unknown berkata...

PH mempunyai ramai calon2 pm..cuma anwar msh relevan..itu yg buat umno bn feninnn..hehe